27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Sultan Ibrahim bakal Yang di-Pertuan Agong ke-17

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2024.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, pengisytiharan tersebut dibuat Majlis Raja-raja menerusi Mesyuaratnya Yang Ke-263 (Khas), hari ini.

“Majlis Raja-raja juga bersetuju mengisytiharkan bahawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama tempoh lima tahun mulai dari 31 Januari 2024.

“Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja yang berlangsung hari ini, telah dipengerusikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Ia dihadiri semua Raja-raja kecuali Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Pelantikan baharu itu dibuat bagi menggantikan pemerintahan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan berakhir pada 31 Januari 2023.

Al-Sultan Abdullah telah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Januari 2019 termasuk ketika zaman pandemik COVID-19.

Syed Danial berkata, menurut peruntukan Perenggan Ketiga, Bahagian Pertama, Jadual Ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-raja ini telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah dimaklumkan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan