28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Maritim Malaysia lupus 90 bot nelayan asing, diiktiraf MBOR

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

USAHA Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Petroliam Nasional Berhad (Petronas) melupuskan 90 bot nelayan asing bersama tukun tiruan mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd. Norzam Mustapa berkata, pengiktirafan itu diberikan bagi First Fishing Vessel with Artificial Concrete Reef di perairan Kuala Besar, Kelantan, pagi tadi.

Beliau berkata, program penenggelaman bot yang telah dilucut hak itu adalah hasil tangkapan yang dilakukan Maritim Malaysia Kelantan dalam tempoh lapan tahun antara 2015 hingga tahun ini.

“Setiap bot nelayan asing yang ditenggelamkan diletakkan pemberat batuan yang mencecah sehingga 100 ribu kilogram (kg).

“Manakala untuk tukun tiruan, bot nelayan asing ini dilengkapkan dengan 104 kuboid konkrit yang akan membentuk module dan unjam bagi menjadi perumah kepada ekosistem marin,” katanya.

Advertisements
Pelupusan 90 bot nelayan asing dan tukun tiruan oleh Maritim Malaysia dan Petronas mendapat pengiktirafan MBOR, hari ini. – Edisi9/Maritim Malaysia

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas menyaksikan proses penenggelaman bot nelayan asing bersama tukun tiruan di Kuala Besar, hari ini.

Turut hadir sama Pengurus Besar Kanan, Aset Semenanjung Malaysia Petronas Carigali Sdn. Bhd., Hafiz Azzad Zubir dan Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Ab. Rahman

Mohd. Norzam berkata, pelaksanaan program itu bertepatan dengan salah satu daripada enam teras dasar dalam membangunkan Malaysia Madani iaitu Daya Cipta dan Ikhsan.

Dalam pada itu, beliau berharap kerjasama yang dilaksanakan itu dapat membantu dalam melestarikan ekosistem marin seterusnya meningkatkan pelbagai spesis ikan yang bernilai tinggi.

“Ini sekaligus akan membantu nelayan tempatan untuk meningkatkan pendapatan mereka tanpa perlu membahayakan diri dengan mendekati kawasan pelantar minyak yang ada di kawasan perairan di negeri ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan