30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pas tolak syarat UMNO, kekal guna lambang ‘Perikatan Nasional’

Mesti Baca

PAS menolak syarat yang ditetapkan oleh UMNO apabila memilih untuk tidak menggunakan lambang ‘bulan’ sebaliknya kekal dengan lambang ‘Perikatan Nasional’ (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Keputusan itu sekali gus memberi tamparan buat UMNO yang sebelum ini menyatakan kesediaan mereka meneruskan persefahaman dengan Pas dengan syarat parti itu menggunakan dalam sendiri dalam PRN yang diadakan 20 November ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hari Awang berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur malam tadi.

“Ketetapan ini telah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas yang bersidang pada 31 Oktober 2021, selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan Pas,” kata beliau dalam satu kenyataan malam tadi.

Kelmarin, Majlis Syura Ulamak Pas menyerahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk membuat keputusan berkaitan penggunaan lambang dalam PRN Melaka.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, parti itu telah membincangkan penggunaan lambang tersebut dari sudut Siyaasah Syar’iyyah dengan menekankan kepentingan perundingan pertandingan dua penjuru agar kemenangan tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH).

Advertisements

“Majlis Syura Ulama melihat aspek ini dalam kerangka perkara-perkara mutaghyyirat (boleh berubah) dan bukannya perkara thawabit (yang tetap),” katanya.

Pada 29 Oktober lalu, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan Pas bagi menghadapi PRN Melaka tetapi dengan syarat parti itu bertanding menggunakan lambangnya sendiri.

Syarat itu selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN) yang bermesyuarat pada 19 Oktober dan 18 November tahun lalu.

“Mesyuarat memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan parti Pas selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan MN dalam menghadapi PRN Melaka,” kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

PRN Melaka akan diadakan pada 20 November ini manakala hari penamaan calon pada 8 November.

Ia diadakan berikutan keputusan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah empat ADUN menarik balik sokongan mereka terhadap beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan