27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

UMNO letak syarat Pas guna lambang sendiri di Melaka

Mesti Baca

MAJLIS Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan syarat parti itu bertanding menggunakan lambangnya sendiri.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.

Menurut beliau, syarat itu adalah selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN) yang bermesyuarat pada 19 Oktober dan 18 November tahun lalu.

“Mesyuarat memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan parti Pas selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan MN dalam menghadapi PRN Melaka.

“Asas persefahaman dengan Pas berpandukan kepada prinsip bahawa Pas menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk MN dalam Mesyuarat pada 19 Oktober 2020 dan 18 November 2020.

Advertisements

“Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus mesyuarat khas MKT UMNO itu berakhir lewat malam tadi.

Pas menjadi parti gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sejak Mac 2020.

Sebelum ini PN mengumumkan semua parti gabungannya akan menggunakan lambang ‘Perikatan Nasional’ dalam PRN Melaka.

Sementara itu Ahmad berkata, mesyuarat khas itu juga membuat ketetapan bahawa Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah PRN Melaka.

Manakala Zahid, Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO diberi mandat memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan PRN Melaka. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lelaki didenda RM80,000 guna kelengkapan komunikasi tidak sah

SEORANG usahawan didenda sebanyak RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, kerana menggunakan kelengkapan komunikasi tidak diperakui iaitu SMS...

Lagi Artikel Berkaitan