Wednesday, June 17, 2026

5,567 dos penggalak diberikan setakat semalam – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 5,567 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar, semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 152,036 dos berdasarkan data yang dikeluarkan menerusi laman web COVIDNOW setakat semalam.

Dalam pada itu, data tersebut juga menjelaskan sebanyak 147,242 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 49,581,855 dos.

Angka harian vaksinasi itu turut membabitkan 123,182 lengkap divaksin dan 18,493 bagi suntikan dos pertama.

Ini sekali gus menjadikan 24,165,940 atau 74.0 peratus populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.

Sementara itu, berkaitan kes harian COVID-19, kes aktif terus menunjukkan trend penurunan dengan sebanyak 355 kes dilaporkan.

Angka tersebut, menjadikan jumlah kumulatif kes  aktif kini mencecah 71,358 kes.

Sejumlah 55,397 kes kuarantin di rumah dilaporkan, di samping 9,461 kes di PKRC.

Dalam pada itu, terdapat 5,936 kes di hospital, 265 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 299 di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan