30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Parti komponen PN setuju guna satu lambang dalam PRN Melaka

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARTI komponen Perikatan Nasional (PN) bersepakat untuk menggunakan lambang gabungan tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu telah membuat ketetapan iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan sepakat menawarkan calon-calon dalam pilihan raya negeri itu menggunakan lambang Perikatan Nasional.

“Rundingan kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh parti Perikatan Nasional akan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Rundingan Kerusi parti Perikatan Nasional.

“Semua jentera parti-parti komponen parti Parti Perikatan Nasional digerakkan sepenuhnya jentera parti masing-masing bagi menggembleng seluruh tenaga dan upaya untuk mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhyiddin berkata, PN sentiasa berpegang kepada aspirasi untuk memelihara perpaduan, memastikan pentadbiran berintegriti dan prihatin terhadap kesejahteraan rakyat.

MUHYIDDIN YASSIN

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November.

Tempoh berkempen pula adalah 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November.

Bagaimanapun, 24 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan larangan bagi sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya berkuat kuasa esok hingga 27 November ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, larangan itu terpakai bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan pada 20 November ini termasuk kempen rumah ke rumah dan ceramah politik.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan