25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

UMNO rumah kita, ketepikan suara lemahkan parti – Zahid

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru ahli serta penyokong parti berkenaan untuk kembali bersatu padu serta mengenang keistimewaan parti berkenaan yang dianggap sebagai “rumah” sejak dulu lagi.

Beliau juga menasihatkan kesemua ahli serta penyokong untuk mengenepikan suara-suara yang cuba meleraikan dan melemahkan parti berkenaan kerana kini masanya untuk UMNO bangkit.

“UMNO rumah kita sejak dulu kini dan selamanya maka hayatilah, fahamilah jasa dan bakti serta kesetiaannya. Renungilah, pelajarilah dan insafilah apa yang terpaksa rakyat dan negara hadapi apabila UMNO tertewas angkara tipu daya 2018.

“Seluruh ahli dan penyokong UMNO ayuhlah kita bersama dan berpadu berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Inilah saat untuk kita para pendokong UMNO membuktikan kemuafakatan dan mempersembahkan sebuah kekuatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berharap agar tidak ada lagi yang terkilaf keteguhan hati kerana perkara itulah yang melemahkan dan meruntuhkan UMNO suatu ketika dulu.

“Kini tiba masa untuk kita bergandingan bahu, berpakat dan bersama menebus kebenaran. PRN Melaka adalah permulaan sebelum ke medan pertempuran paling utama Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Advertisements

“Maka menangilah dan kuasailah ia sebagai azimat penguat semangat demi UMNO untuk agama, bangsa, negara,” katanya.

Ahmad Zahid turut mengingatkan orang Melaka untuk tegakkanlah panji-panji UMNO dan Barisan Nasional (BN) penuh megah di seluruh Melaka apabila tiba masanya.

“PRN Melaka permulaan kita. PRU-15 merupakan destinasi kita. Kemakmuran rakyat dan negara adalah misi kita,” tegasnya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan