26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

21.9 peratus populasi keseluruhan tiada vaksinasi – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HANYA 21.9 peratus populasi keseluruhan di Malaysia tiada vaksinasi, berdasarkan data yang dikeluarkan menerusi laman web COVIDNOW setakat semalam.

Menerusi data tersebut juga, sekurang-kurangnya 78.1 peratus atau 5,635 suntikan dos pertama telah diberikan sementara 74.9 peratus atau 41,610 telah lengkap vaksinasi.

Ini sekaligus menjadikan 24,453,198 atau 74.9 peratus populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.

Sementara itu, sebanyak 16,244 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar, semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 307,653 dos.

Dalam pada itu, data tersebut juga menjelaskan sebanyak 63,489 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 50,076,170 dos.

Berkaitan kes harian COVID-19 pula, kes aktif terus menunjukkan trend penurunan dengan sebanyak 736 kes dilaporkan.

Angka tersebut, menjadikan jumlah kumulatif kes  aktif kini mencecah 67,233 kes.

Sejumlah 51,835 kes kuarantin di rumah dilaporkan, di samping 9,082 kes di PKRC.

Dalam pada itu, terdapat 5,747 kes di hospital, 268 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 301 di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan