25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Indikator utama catat tren penurunan – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEBANYAKAN indikator utama menunjukkan tren penurunan, walaubagaimanapun, kadar kematian menunjukkan peningkatan sebanyak 5.2 peratus pada minggu epidemiologi (ME) ke-43 berbanding minggu epidemiologi sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada ME ke-43 iaitu daripada 24 Oktober 2021 sehingga 30 Oktober 2021, kes baharu COVID-19 menunjukkan penurunan sebanyak 2.2 peratus iaitu daripada 41,508 kes (ME ke-42) kepada 40,613 kes (ME ke-43).

“Kelantan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Melaka melaporkan kadar insiden kes tertinggi bagi setiap 10,000 penduduk.

“Purata kes aktif menunjukkan penurunan sebanyak 15.0 peratus iaitu daripada 83,605 kes (ME ke-42) kepada kes 70,829 kes (ME ke-43). Penurunan kes aktif ini dilihat sejak lapan (8) minggu lepas.

“Bagaimanapun, kes kematian menunjukkan peningkatan sebanyak 5.2 peratus iaitu daripada 496 kes (ME ke-42) kepada 522 kes (ME ke-43).

“Kadar kematian kes semasa adalah sebanyak 1.1 peratus dan kadar kematian keseluruhan adalah 1.2 peratus.

“Sarawak, Perlis, dan Pulau Pinang mencatatkan insiden kes kematian tertinggi bagi setiap 1 juta populasi,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut katanya, bagi kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), data menunjukkan penurunan 12.0 peratus iaitu 571 kes (ME ke-42) kepada 505 kes (ME ke-43).

“Begitu juga kes yang memerlukan bantuan pernafasan menunjukkan penurunan 14.4 peratus iaitu 250 kes (ME ke-42) kepada 214 kes (ME ke-43). Penurunan kes yang memerlukan bantuan pernafasan dilihat sejak 11 minggu lepas.

“Dalam pada itu, pada 30 Oktober 2021, nilai Rt Malaysia adalah 0.96 (95 peratus CI 0.95 – 0.97). Nilai ini telah mula menunjukkan peningkatan semula sejak 23 Oktober 2021.

“Nilai Rt melebihi 1 menunjukkan potensi berlakunya rantaian penularan jangkitan COVID-19 seperti yang dilihat pada permulaan gelombang ketiga,” katanya.

Advertisements

Menyentuh mengenai vaksinasi pula, Dr Noor Hisham memaklumkan, sejumlah 25,299,759 individu telah mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19 dalam tempoh yang sama.

“Ia membabitkan sebanyak 74.9 peratus daripada keseluruhan penduduk telah menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap [95.5 peratus daripada populasi dewasa dan 66.4 peratus daripada populasi remaja (12-17 tahun)].

“Pada 24 September 2021, Malaysia telah mencapai sasaran awal program vaksinasi remaja di mana sebanyak 60 peratus remaja telah mendapat vaksinasi lengkap,” katanya.

Mengenai kapasiti hospital pula, ujar beliau,
KKM telah memperuntukkan 26,522 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), 14,963 buah katil wad biasa, 1,345 katil wad ICU, dan 2,804 alat bantuan pernafasan bagi merawat pesakit COVID-19, kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Penggunaan katil di PKRC dan katil di wad biasa dan Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan tren penurunan sekitar 2 hingga 6 peratus pada ME ke-43 berbanding ME ke-42 seperti pada Jadual 3,” katanya.

Sehubungan dengan itu, katanya, KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan.

“Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat);
amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn) dan sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup.

“Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok.

“Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

Jelas beliau, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan