28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Remaja dakwa dirogol setelah minuman dimasukkan dadah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang mengesan dua lelaki yang didakwa merogol seorang wanita dengan memasukkan minuman mengandungi dadah ketika mereka berhibur di sebuah kelab di ibu kota, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias berkata, satu laporan polis diterima daripada mangsa pada jam 8.06 malam, kelmarin mendakwa dirogol dua lelaki tidak dikenali.

Menurut laporan berkenaan, mangsa berusia 19 tahun mendakwa dia bersama beberapa rakan pergi ke sebuah kelab di ibu kota untuk berhibur, kira-kira jam 9 malam, Rabu lalu.

“Semasa kejadian, mangsa dikatakan mabuk dan dipercayai diberikan minuman yang disyaki mengandungi dadah.

“Mangsa kemudian dibawa oleh kedua-dua suspek ke sebuah hotel di ibu kota bersama seorang lagi rakan mangsa dan menyedari dirinya dirogol selepas dimaklumkan oleh rakan mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kamaruzaman berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus terhadap laporan itu.

Advertisements

Menurutnya, kertas siasatan sudah dibuka dan diklasifikasikan sebagai kes rogol yang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan kedua-dua suspek kini sedang dilakukan untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita daripada sumber yang tidak sahih dan boleh mengganggu siasatan pihak polis serta menimbulkan kegusaran orang awam.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung dengan kejadian ini, orang ramai boleh menyalurkannya kepada pihak polis dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 585 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Sementara itu, seorang individu dipercayai rakan kepada mangsa mendedahkan kronologi kejadian yang menimpa rakannya itu bersama beberapa gambar suspek di media sosial dalam usaha mengesan suspek.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan