32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

CovidNow: 4.4% ujian saringan harian Covid-19 positif

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UJIAN saringan harian Covid-19 semalam yang dipaparkan dalam data portal COVIDNOW setakat 11.59 malam tadi menunjukkan sebanyak 4.4 peratus daripada 141,163 ujian saringan harian yang dijalankan dikesan positif Covid-19.

Dalam portal tersebut turut berkongsikan sebanyak 68,637 kes aktif dicatatkan dengan majoriti besarnya sebanyak 78.9 peratus bersamaan 54,174 menjalani tempoh kuarantin di rumah.

12 peratus lagi bersamaan 8,268 kes menjalani rawatan di pusat kuarantin, diikuti 8.2 peratus bersamaan 5,653 kes ditempatkan di hospital dan masing-masing 0.4 peratus di tempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 268 kes memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala, 274 tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menurut data berkenaan pecahan mengikut negeri pula setakat semalam menunjukkan kadar penggunaan ICU di Lembah Klang paling tinggi sebanyak 85.6 peratus, diikuti Kelantan iaitu sebanyak 77.6 peratus dan Pulau Pinang iaitu 61 peratus.

Sementara itu, sebanyak 95.6 peratus atau 22,379,626 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Advertisements

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 97.8 peratus atau 22,906,258 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Manakala, 87.4 peratus atau 2,751,092 individu bagi kadar populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 82.1 peratus atau 2,584,612 individu remaja telah lengkap divaksinasi.

Dalam pada itu, 105,103 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 16,848 suntikan dos lengkap, 6,549 menerima dos pertama dan 81,706 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,842,386.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 1,407,762.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan