28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lelaki maut selepas lapan jam dipercayai bakar diri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang mengalami tekanan jiwa maut selepas dipercayai mencurah minyak petrol ke dalam kereta dan membakar dirinya dalam kejadian di Kampung Gong Kassim-Pulau Rusa, Merchang, Marang, Terengganu, semalam.

Difahamkan, mangsa berusia 34 tahun yang melecur hampir 80 peratus di seluruh badan itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu 5.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris, anggota di Balai Polis Merchang sebelum itu menerima maklumat sekitar 8.40 malam terdapat seorang lelaki dalam keadaan terbakar terbaring di atas jalan raya bersama sebuah kereta Proton Wira yang ditemui terbakar berhampiran kawasan kebun getah.

“Sebaik menerima maklumat, anggota bergegas ke lokasi kejadian sebelum mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Merchang menggunakan ambulans bersama ibunya.

“Bagaimanapun, mangsa yang dipindahkan ke HSNZ Kuala Terengganu disahkan meninggal dunia sekitar 5.30 pagi tadi dan jenazahnya akan diserahkan kepada keluarga sebaik selesai bedah siasat,” katanya hari ini.

Advertisements

Mohd Zain berkata, soal siasat yang dijalankan terhadap abang mangsa memaklumkan adiknya mengalami tekanan jiwa yang serius dalam tempoh antara tujuh hingga lapan bulan lalu dan diarahkan doktor untuk menerima rawatan mental namun mangsa enggan berbuat demikian.

Menurutnya, ahli keluarga mangsa mengetahui penyakit dihadapi mangsa dan percaya kejadian itu dilakukan sendiri mangsa yang bekerja sebagai mekanik.

“Mangsa yang sudah berkahwin dikatakan membeli minyak lalu mencurahkannya ke dalam kereta dan membakar dirinya.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu juga sedang membuat siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran itu,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing

SEORANG pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan