31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pusat pengundian ditutup, peratus mengundi rendah

Mesti Baca

KESEMUA 217 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membabitkan 1,109 saluran ditutup pada 5.30 petang ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sehingga 4 petang ini, sekitar 61 peratus daripada 476,037 pengundi biasa yang keluar membuang undi.

Dijangkakan jumlah pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka di bawah 70 peratus, selepas pusat pengundian ditutup, iaitu lebih rendah berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Proses pengundian kali ini dalam keadaan orang ramai masih bimbang dengan wabak Covid-19 walaupun SPR mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Ini ditambah dengan perasaan bercampur-baur masyarakat mengenai situasi politik dan ekonomi semasa.

Beberapa penganalisis meramalkan, dengan kadar peratus keluar mengundi rendah memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangi PRN Melaka, berdasarkan rekod sebelum ini.

Bagaimanapun, semuanya akan terjawab selepas proses pengiraan undi selesai manakala keputusan akan diketahui kira-kira pukul 8 malam.

Keseluruhan jumlah pengundi yang layak adalah 495,195 orang.

Sebanyak 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan, dengan 112 calon menyertai gelanggang.

Perhatian tertumpu kepada pertembungan antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Tiga kerusi menyaksikan perlawanan enam penjuru, lima penjuru di lima kerusi, empat penjuru di sembilan kerusi, dan tiga penjuru di 11 kerusi.

Pada PRU-14, PH yang bertanding di bawah bendera PKR menang 15 kerusi, membolehkan ia merampas negeri itu daripada BN yang memperoleh 13 kerusi. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan