28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

PRN Melaka: Individu positif Covid-19 dikesan keluar mengundi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kesihatan Negeri (JKN) Melaka memaklumkan bahawa terdapat seorang pengundi yang positif Covid-19 telah dikesan keluar mengundi di Daerah Alor Gajah, Melaka hari ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr. Rusdi Abd. Rahman berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah telah menerima notifikasi daripada Covid-19 Assessment Centre (CAC) Melekek, berhubung perkara itu.

Menurut beliau, terdapat seorang kes positif Covid-19 yang telah keluar mengundi di salah sebuah pusat mengundi di Daerah Alor Gajah.

“Keputusan ujian bagi pesakit ini diterima dari makmal swasta setelah beliau selesai proses mengundi.

“Pesakit ini bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang gejala pada waktu mengundi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurut Dr. Rusdi, PKD Alor Gajah telah mengambil tindakan segera mengarahkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat mengundi terlibat menutup sementara kawasan berisiko termasuk saluran mengundi untuk proses disinfeksi menyeluruh.

“Pihak SPR telah mengambil langkah segera membuka bilik baru sebagai saluran mengundi dengan menggunakan peralatan yang baru.

“Pasukan pemantauan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah juga telah diarahkan ke Pusat mengundi terlibat untuk memastikan kawalan infeksi dijalankan secara teratur,” katanya.

Selain itu menurut beliau, semua kontak rapat dan sosial sedang disiasat oleh Bilik Gerakan PKD Alor Gajah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan