25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PN pilih Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri

Wanita pertama yang dicalonkan sebagai Ketua Menteri dalam sejarah pentadbiran negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) memberi tawaran baharu yang lebih segar apabila mengumumkan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya gabungan itu berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Pengumuman itu dilakukan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar hari ini.

Mas Ermieyati yang juga calon PN bagi kerusi Tanjung Bidara bakal mencipta sejarah sebagai wanita pertama dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya PN membentuk kerajaan.

Mas Ermieyati bakal menghadapi saingan tiga penjuru menentang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, parti berkenaan tidak menolak untuk menampilkan calon wanita sebagai Ketua Menteri.

Advertisements

“Kalau pun datang (calon) seorang wanita, pernah satu ketika Melaka membawa sebuah cerita Tun Teja yang turut berperanan membangunkan negeri Melaka.

“Jadi apa salahnya kalau kita meletakkan seorang wanita. Kita akan bincangkan isu ini bersama parti komponen lain,” kata Hamzah seperti dilaporkan Utusan TV sebelum ini.

Mas Ermieyati bukan sahaja paling berpengalaman dalam kalangan calon parti itu dalam PRN Melaka, malahan beliau juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).

Sebelum ini, selain Mas Ermieyati, PN juga mempunyai senarai yang panjang untuk diketengahkan sebagai calon Ketua Menteri termasuk Ketua PN Negeri Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen. –Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan