31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Mas Ermieyati calon Ketua Menteri Melaka dari PN?

Pengumuman mengenai calon Ketua Menteri daripada PN akan diumumkan esok, kata Hamzah Zainuddin

Mesti Baca

APAKAH Melaka bakal mendapat seorang calon Ketua Menteri daripada kalangan wanita?

Ini berikutan langkah Perikatan Nasional (PN) yang mungkin akan mencalonkan seorang wanita untuk mengetuai pentadbiran Melaka sekiranya parti itu menang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, PN tidak menolak untuk menampilkan calon wanita sebagai Ketua Menteri.

“Kalau pun datang (calon) seorang wanita, pernah satu ketika Melaka membawa sebuah cerita Tun Teja yang turut berperanan membangunkan negeri Melaka.

“Jadi apa salahnya kalau kita meletakkan seorang wanita. Kita akan bincangkan isu ini bersama parti komponen lain.

“Saya sendiri telah bertemu Presiden (Tan Sri Muhyiddin yassin) dan memberikan pandangan bahawa kita perlu memilih seorang calon yang dapat diterima masyarakat keseluruhannya,” katanya di Melaka hari ini, lapor Utusan TV.

Baca juga:   Wakil BN anggotai Kabinet selesa, boleh bekerjasama dengan PM

Jika benar PN mahu menampilkan calon wanita untuk mengisi jawatan itu, sudah tentu nama calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berada di kedudukan teratas.

Ini kerana Ketua Bersatu Masjid Tanah itu bukan sahaja paling berpengalaman dalam kalangan calon parti itu dalam PRN Melaka, malahan beliau juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).

Bagaimanapun, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu berkata, pihaknya akan mengumumkan mengenai calon Ketua Menteri itu esok, selepas mengadakan perbincangan dengan parti komponen PN.

Baca juga:   Harap pengundi Melaka pilih parti stabil, bantu rakyat

Selain Mas Ermieyati, PN juga katanya, mempunyai senarai yang panjang untuk diketengahkan sebagai calon Ketua Menteri termasuk Ketua PN Negeri Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Sokong pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura

PRESDIEN Singapura Halimah Yacob memaklumkan akan menyokong saranan untuk mengadakan pertukaran yang lebih besar antara pergerakan Pandu Puteri negaranya...

Lagi Artikel Berkaitan