25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Rangkaian 5G akan capai secara peringkat hujung tahun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RANGKAIAN 5G akan tercapai secara berperingkat bermula pada penghujung tahun ini ini.

Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, rangkaian tersebut akan dilakukan secara berperingkat dengan dimulakan di Putrajaya, Cyberjaya dan seterusnya di ibu kota Kuala Lumpur.

“Rangkaian 5G ini akan diperluaskan ke kawasan-kawasan lain bermula 2022. Kerja-kerja pemasangan juga telah dilakukan sejak September lalu.

Advertisements

“Kerajaan juga mensasarkan untuk melipatgandakan kadar penggunaan rangkaian 5G untuk mencapai kawasan 80 peratus berpenduduk dalam tempoh tiga tahun menjelang 2024,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, lapor Kosmo Online.

Katanya lagi, jika dibandingkan sebelum ini,syarikat telekomunikasi mengambil masa selama hampir lapan tahun untuk mencapai liputan 80 peratus bagi penyediaan rangkaiaan 3G dan 4G.

“Kini kerajaan bertekad untuk hanya mengambil masa selama tiga tahun bagi capaian 80 peratus rangkaian 5G di seluruh negara,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan