24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PM buat lawatan rasmi pertama ke Singapura esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi pertama ke Singapura esok dengan jadual padat diatur sepanjang hari.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra, beliau akan diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan pegawai kerajaan pelbagai agensi.

Lawatan berkenaan bagi memenuhi jemputan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong sempena pelaksanaan rasmi Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL).

Hari pertama VTL itu menyaksikan pergerakan rentas sempadan antara dua negara jiran melibatkan hanya 1,500 individu untuk perjalanan darat menerusi bas awam dari dua terminal.

Advertisements

Pusat turun dan naik penumpang di Malaysia ditetapkan di Terminal Bas Larkin Sentral, Johor Bahru, Johor manakala di Singapura, Terminal Queen Street dijadikan pusat VTL tersebut.

Sementara untuk perjalanan udara, enam penerbangan setiap hari yang membabitkan enam operator antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Changi di republik itu.

Pelaksanaan VTL itu hasil persetujuan dua negara bagi meningkatkan semula ekonomi dan memberi peluang keluarga yang terpisah susulan penutupan sempadan kerana isu Covid-19.

Penumpang wajib mendaftar melalui laman sesawang ditetapkan sebelum membeli tiket pengangkutan dan tertakluk ujian saringan kesihatan meskipun tidaklah perlu dikuarantin.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan