25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pelajar perempuan 13 tahun nyaris jadi mangsa culik

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pelajar perempuan berusia 13 tahun nyaris menjadi mangsa culik di hadapan sebuah sekolah di Taman Molek, Johor Jaya, Johor Baharu, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.50 pagi itu, remaja terbabit dipercayai baru sahaja turun daripada van sekolah menuju ke sekolah sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali menaiki kereta Perodua Kancil.

Difahamkan, lelaki tempatan tersebut didakwa memanggil mangsa untuk meminta bantuan pelajar tingkatan satu terbabit untuk menghantar satu borang tidak pasti ke sekolah.

Suspek berkenaan bertindak menarik mangsa ke dalam kereta kompak itu setelah remaja itu enggan menuruti permintaannya untuk masuk ke dalam kereta berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa yang dibawa lari di sekitar Taman Molek berjaya melepaskan diri kira-kira 400 meter dari tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak mengesahkan kejadian itu berlaku dan telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang tular dalam media sosial.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku selepas pelajar perempuan itu sedang berjalan kaki ke sekolah.

“Selepas mangsa berjaya menyelamatkan diri keluar dari kereta dipandu suspek, mangsa kemudiannya telah meminta bantuan orang awam menyelamatkannya.

“Dalam kejadian ini, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk sedang giat mengesan suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melarikan orang. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan juga dikenakan denda,” katanya.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan