26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, December 3, 2021

MARA, CIDB meterai MoU tingkat kontraktor IBS Bumiputera

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi inisiatif meningkatkan keupayaan dan daya saing kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, melalui MoU itu, CIDB akan membantu MARA dalam menyediakan program pembangunan Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang berstruktur dan komprehensif dalam membangunkan rantaian bekalan IBS.

“Mara sentiasa mencari ruang dan peluang bagi memastikan graduan lepasan Institusi Pendidikan Mara (IPMA) serta pelatih Giat Mara dalam bidang seni bina dan teknologi bangunan menjadi modal insan yang kompeten di pasaran pekerjaan.

“Justeru, kerjasama bersama CIDB merupakan satu kolaboratif industri yang tepat dalam memacu pembangunan industri pembinaan dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis MoU tersebut bersama Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di ibu negara hari ini.

MoU tersebut ditandatangan oleh Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ahmad ‘Asri Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Menurut Mahdzir, CIDB dan Mara akan bekerjasama membangun dan memudahcara usahawan IBS, melalui Program Pembangunan Vendor (VDP) IBS.

MARA mensasarkan sebanyak lapan vendor dapat dibangunkan yang terdiri daripada usahawan Bumiputera MARA.

Jelas beliau, MARA akan menyediakan latihan keusahawanan berkaitan pengurusan, kewangan dan pemasaran selain memberi khidmat nasihat, pembiayaan perniagaan serta menyediakan premis perniagaan yang bersesuaian dengan keperluan penggiat industri yang terlibat.

Baca juga:   MARA Corp laksana inisiatif wujudkan 2,000 peluang pekerjaan
Baca juga:   Usaha tingkatkan perlindungan sosial belia B40

Tambahnya, bagi menyokong kelangsungan kontraktor Bumiputera, Mara menyediakan skim kemudahan pembiayaan khas melalui Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE).

“SPiKE merupakan kemudahan pembiayaan kewangan jangka pendek yang disediakan kepada kontraktor bumiputera melibatkan aktiviti pembinaan, pembekalan, perkhidmatan dan elektrik.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), seramai 2,860 usahawan dan kontraktor telah menerima latihan peningkatan.

“Bagi tempoh 2016 sehingga 2020, seramai 11,000 usahawan atau kontraktor telah menerima manfaat dengan nilai sebanyak RM1.42 bilion,” katanya. -Edisi 9

Terkini

Trend kahwin lewat, kes cerai menurun antara perkongsian DOSM

JABATAN Perangkaan Malaysia (DOSM) berkongsikan maklumat penduduk di negara ini kini mula berkahwin pada usia lewat 20-an berbanding awal...

Lagi Artikel Berkaitan