25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Mayat pesara kerajaan tinggal rangka ditemukan terbaring

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki menemukan satu rangka dipercayai milik seorang warga emas dalam sebuah apartmen di kawasan Damansara Damai, Kuala Lumpur, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan dari seorang lelaki berhubung penemuan itu pada pukul 3.40 petang.

“Sejurus menerima maklumat, sepasukan polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati rangka itu dalam keadaan terbaring.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati rangka tersebut adalah seorang lelaki tempatan berusia 63 tahun, masih bujang dan merupakan pesara kerajaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pegawai kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling hadir di tempat kejadian dan mengesyaki mangsa meninggal dunia dalam tempoh yang agak lama.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Baca juga:   Laporan KKM beli 500 ambulans disalah tafsir - KSU

“Setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Hotline Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – Edisi 9

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan