Thursday, June 4, 2026

7 kanak-kanak lari dari rumah penjagaan di Kuantan dicari

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS melancarkan operasi mencari tujuh kanak-kanak lelaki yang dipercayai melarikan diri dari rumah penjagaan kanak-kanak, di Kuantan, Pahang, semalam.

Memetik laporan Metro Online, Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis sedang mengesan lokasi kanak-kanak berumur antara 12 dan 15 tahun itu selepas menerima laporan kehilangan mereka semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, kehilangan kanak-kanak terbabit disedari seorang rakan mereka sebelum memaklumkan kepada pengurusan.

“Oleh itu, kerjasama masyarakat amat diperlukan untuk mengesan kanak-kanak ini yang mungkin berlindung di tempat tertentu.

“Jika melihat kanak-kanak dalam keadaan mencurigakan, orang ramai diminta memaklumkan kepada polis. Kita percaya mereka masih berada di daerah ini,” katanya pada sidang media kes Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, hari ini.

Mengulas motif kanak-kanak terbabit melarikan diri, beliau berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Katanya, siasatan turut mengenal pasti punca mereka melarikan diri sama ada melalui pintu pagar atau memanjat pagar.

“Semua masih lagi dalam siasatan dan polis berharap mereka pulang demi keselamatan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan