28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes menurun, kadar kemasukan ke hospital naik

Khairy berharap orang ramai dapat mengambil vaksin dos penggalak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin berharap orang ramai dapat mengambil vaksin penggalak bagi meningkatkan kadar imunisasi badan untuk menghadapi pandemik COVID-19.

Beliau berkata, ini kerana rekod terkini menunjukkan kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital telah meningkat walaupun kes-kes harian jangkitan mencatatkan penurunan.

“Kes mungkin akan menurun tetapi kemasukan ke hospital semakin meningkat di beberapa negeri. Justeru, ambillah dos penggalak,” katanya menerusi ciapan menerusi twitternya hari ini.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan secara mendalam berhubung kenyataan tersebut.

Namun mengikut rekod Covidnow menerusi laman webnya menunjukkan beberapa negeri telah telah mencatatkan peningkatan kemasukan ke hospital dalam tempoh dua minggu terakhir.

Advertisements

Antaranya ialah Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sehingga kini sebanyak 1,065 katil telah digunakan untuk pesakit COVID-19 atau bersamaa 66 peratus keseluruhan katil.

Sementara itu, mengikut data Covidnow, jumlah kes harian COVID-19 pula menunjukkan kadar menurunan sejak 1 September lalu dengan jumlah harian ini sudah berada di bawah paras 5,000 kes.

Khairy berkata, lebih banyak janji temu untuk pemberian dos penggalak diberikan kepada mereka yang lauak dan kebanyakan janji temu dibuat di klinik kesihatan seluruh negara.

Sebelum itu beliau meninjau proses pemberian dos penggalak kepada Ahli-ahli Parlimen di bangunan Parlimen. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan