23.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 9, 2022

5,071 kes baharu harian COVID-19, 5 kluster

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 5,071 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,481,339 kes.

Angka jangkitan baharu itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, daripada kes baharu tersebut, sebanyak 15 kes adalah kes import.

“Manakala 5,056 kes adalah penularan tempatan yang melibatkan 4,815 warganegara (95.2 peratus); 241 bukan warganegara (4.8 peratus).

“Terdapat 121 kes (2.4 peratus) daripada kes harian tersebut adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 4,950 kes (97.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, kata beliau, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 5,372 kes sekaligus menjadikan 2,385,432 kes kumulatif, atau 96.1 peratus.

“Dalam pada itu, kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 300 kes (207 kes disahkan COVID-19 ; 93 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Baca juga:   Dr Zulkifli sahkan positif Covid-19, pastikan bantuan diteruskan

Ujar Dr Noor Hisham lagi, sebanyak lima kluster baharu turut dilaporkan pada hari ini. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Anwar hantar notis tuntut Ahmad Amzad mohon maaf

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Datuk Ahmad Amzad Hashim supaya Ahli Parlimen Kuala Terengganu...

Lagi Artikel Berkaitan