26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

KPM gesa pihak sekolah mudahkan aspek pemakaian murid

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) meminta pihak sekolah agar mempermudahkan kehadiran murid ke sekolah khususnya dari segi kelonggaran aspek pemakaian baju seragam serta kasut sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, perkara itu telah dinyatakan sebelum ini bahawa murid dibenarkan untuk mengenakan apa sahaja pakaian yang sopan serta kemas ke sekolah.

Bagaimanapun menurutnya, masih terdapat rungutan daripada ibu bapa mengenai segelintir guru yang menetapkan syarat untuk murid mengenakan uniform sekolah lengkap.

“Saya tekankan sekali lagi bahawa pihak kementerian seperti yang dinyatakan sebelum ini telah membenarkan murid-murid untuk memakai pakaian bersesuaian serta sopan dan kemas sehingga tempoh sehingga akhir tahun persekolahan iaitu pertengahan bulan Disember.

“Itu paling penting sebab kami dapat aduan ada yang kata cikgu suruh pakai baju sekian-sekian, kasut sekolah betul-betul sedangkan sebahagian mereka ini ada yang baju pun dah tak muat,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Semaseh, Pagoh, Johor, hari ini.

Baca juga:   Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri - Muhyiddin

Radzi berkata, pihak sekolah seharusnya memudahkan urusan kehadiran murid ekoran kekangan yang dihadapi ibu bapa tatkala pembukaan sekolah di waktu pandemik.

“Saya mohon pihak sekolah khususnya guru-guru pastikan anak ini dimudahkan kehadiran mereka ke sekolah. Kita tak nak tetapkan hari tertentu pakai pakaian tertentu, kalau tak boleh pakai misalnya kena bagitau mak ayah dan sebagainya.

Baca juga:   Dakwaan SPR paksa guru hadir taklimat petugas PRU-15 disiasat

“Ini mungkin memberikan satu bebanan kepada ibu bapa khususnya buat mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Radzi juga mengingatkan pihak sekolah untuk memastikan aspek pengudaraan di sekolah dalam keadaan lebih baik.

Menurutnya, di dalam bilik darjah, aspek berkenaan telah ditambah baik, namun, aspek pengudaraan di dalam bilik guru terutamanya bilik guru dilengkapi penghawa dingin perlu diberikan perhatian.

“Perlu ada pengudaraan yang lebih baik untuk mewujudkan keadaan lebih selamat buat guru,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini, terdapat lebih 1.3 juta murid telah kembali ke sekolah dan jumlah berkenaan dijangka bertambah pada minggu hadapan.

-EDISI9

Terkini

PM jamin ambil tindakan agresif, selamatkan rakyat Malaysia

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerajaan akan mengambil tindakan terbaik bagi menyelesaikan isu pemerdagangan manusia...

Lagi Artikel Berkaitan