36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kes aktif, kes harian catat penurunan – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes aktif COVID-19 dan kes harian negara menunjukkan penurunan berdasarkan data dari laman web COVIDNOW setakat semalam.

Kes aktif sahaja, sebanyak 806 kes dilaporkan, menjadikan keseluruhan, jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 67,986 kes.

Bagaimanapun, bilangan kes sembuh negara  merekodkan pertambahan kes dengan sebanyak 5,628 kes.

Pertambahan angka tersebut menjadikan  jumlah kumulatif kes sembuh sehingga kini mencecah 2,493,437 kes.

Sebanyak 13 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), dilaporkan semalam.

Pertambahan angka tersebut menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara mencatatkan sebanyak 6,077 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 63 kes kematian dilaporkan, dan jumlah itu menjadikan kes kematian COVID -19 sebanyak 30,063 kes.

Menerusi data laporan tersebut juga, daripada kes aktif terbabit, sejumlah 54,359 kes (80.0 peratus) bagi kuarantin di rumah; sebanyak 7,488 kes (11.0 peratus) di PKRC; sebanyak 5,590 kes (8.2 peratus) di hospital; sebanyak 275 kes (0.4 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan dan 274 kes (0.4 peratus) ICU perlukan alat bantuan pernafasan.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan, kes baharu harian merekodkan penurunan di bawah angka 4,000 dengan sebanyak 4,867 kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,585,741 kes. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Malaysia Negeri Johor menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, Johor Bahru awal pagi ini dan...

Lagi Artikel Berkaitan