25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

MBM bantah umur bawah 30 tahun pegang jawatan belia

Mesti Baca

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) membantah keputusan Kementerian Belia dan Sukan berhubung pelaksanaan umur 30 tahun ke bawah bagi pemegang jawatan pertubuhan belia berkuat kuasa 1 Januari depan.

Presidennya, Jufitri Joha berkata, pihaknya kesal dan terkilan yang amat mendalam berikutan keputusan yang diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam sidang Parlimen 17 November lalu.

Sehubungan itu, beliau mendesak agar diadakan satu pertemuan dengan Ahmad Faizal dalam negara dalam tempoh 48 jam bagi mendapatkan penjelasan berhubung pengumuman tersebut.

Berikut ialah kenyataan penuh Presiden MBM, Jufitri Joha:

Advertisements

Majlis Belia Malaysia (MBM) terpanggil untuk menyatakan rasa kesal dan terkilan yang amat mendalam selaku rakan strategik utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia dalam pembangunan belia Negara berkenaan pengumuman Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung pelaksanaan umur 30 tahun ke bawah bagi pemegang jawatan pertubuhan belia yang akan berkuat kuasa bermula 1 Januari depan pada Sidang Parlimen 17 November yang lepas.

MBM ingin menegaskan bahawa isu had umur 30 tahun bukan isu utama kerana MBM dan badan gabungan telah pun bersetuju menggerakkan usaha meremajakan pertubuhan belia cuma isunya adalah soal rundingan untuk memutuskan secara bersama tarikh penguatkuasaan had umur agar proses transisi berlaku secara lancar dan mencapai matlamat.

Oleh itu, Sidang Khas Dewan Tertinggi MBM yang bersidang pada hari ini telah dihadiri oleh 43 pemimpin utama pertubuhan belia dalam negara mendesak supaya satu pertemuan segera dalam tempoh 48 jam di antara Presiden MBM dengan Menteri Belia dan Sukan untuk mendapatkan penjelasan terperinci berhubung isu ini sekaligus menyelesaikan isu ini secara baik.

MBM yakin setiap masalah boleh diselesaikan melalui rundingan dan permuafakatan kedua-dua pemegang taruh utama pembangunan belia negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Safiq Rahim pula jadi mangsa keganasan bola sepak

MAKIN menjadi-jadi. Selepas dua pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid dan Faisal Halim menjadi mangsa serangan individu tidak bertanggungjawab...

Lagi Artikel Berkaitan