26 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Kekalahan PRN Melaka tak jejas gabungan PN – Muhyiddin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEKALAHAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini, tidak akan menjejaskan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Memetik laporan Metro Online, Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan terus menjadi wadah politik kepada rakyat Malaysia.

Menurutnya, Bersatu akan menjadi pencabar utama kepada Barisan Nasional (BN) pada masa akan datang.

“Kita sudah berhijrah dan yakin prinsip asas Bersatu dan PN tidak lain menawarkan suatu bentuk parti pendokong kerajaan lebih baik dan prinsip ketelusan.

“Apakah saya akan tinggalkan parti saya dan kembali kepada parti asal saya? Itu sesekali tidak akan berlaku.

“Rakyat ada pilihan untuk membuat pertimbangan supaya kita dapat tawarkan sesuatu yang lebih baik,” katanya dalam sidang media di Melaka, hari ini.

Turut hadir barisan kepimpinan tertinggi PN selepas bermesyuarat lebih dua jam.

PN hanya menang dua daripada 28 kerusi yang ditandinginya dalam PRN Melaka hari ini.

Advertisements

Muhyuddin berkata, PN akan menjalankan kajian mendalam berkaitan kekalahan dalam PRN Melaka.

Menurutnya, peratusan jumlah pengundi yang keluar rendah dan jentera parti serta beberapa masalah menjadi tumpuan kajian itu kelak.

“Kekalahan ini akan menjadi menjadi pengajaran dan panduan mengenai langkah akan diambil seterusnya oleh PN dalam pilihan raya akan datang.

“PN bersedia apa-apa saja kemungkinan untuk menghadapi pilihan raya umum dan PRN.

“Ini adalah jihad dan kita mahu supaya pengundi beri penilaian yang adil apa yang kita pertaruhkan,” katanya.

Menurutnya, kerjasama dengan kerajaan Pusat terjalin sebelum pilihan raya supaya tidak terganggu proses membantu rakyat ketika Covid-19.

Katanya, pengalaman di Melaka akan ambil kira kedudukan pada masa akan datang.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan