24.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Tahniah BN, muhasabahlah Pas – Nik Abduh

Mesti Baca

AHLI Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz seolah-olah menyindir partinya sendiri Pas setelah tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menerusi Facebooknya bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan mereka dalam pilihan raya negeri itu.

Beliau yang tewas dalam Muktamar Pas Ke-67 di Kuala Terengganu, baru-baru ini turut menggesa agar partinya kembali bermuhasabah atas keputusan PRN Melaka itu.

“Tahniah Melaka, dari Pulau Melaka. Tahniah BN daripada rakan MN (Muafakat Nasional), takziah Pas daripada Pas.

“BN, benar-benarlah bersyukur. Bertambahlah lagi. Pas, benar-benarlah bermuhasabah. Bertambahlah istiqamah,” katanya malam ini.

Nik Abduh merupakan antara pemimpin Pas yang menyokong kuat semangat MN yang dibentuk bersama UMNO pada 2019 lalu.

Dalam PRN Melaka, Pas memilih untuk bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) dengan menggugurkan lambang ‘bulan’ sebaliknya menggunakan lambang ‘PN’.

Baca juga:   Sidang Parlimen: PAS junjung tinggi titah Agong

Keputusan itu sekali gus menolak permintaan UMNO yang sedia menjalin kesepakatan dengan Pas asalkan parti itu menggunakan lambang sendiri.

Tindakan Pas itu menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk ‘melanggar’ lapan kerusi yang ditandingi wakil Pas.

Untuk rekod Pas sebelum ini hanya memenangi dua kali dalam pilihan raya umum di negeri itu iaitu pada tahun 1975 dan 2013.

Baca juga:   Saya tak takut, tapi saya fikirkan nasib rakyat Johor - Muhyiddin

Dalam PRU-14 lalu, Pas tewas kesemua kerusi yang ditandingi. – Edisi 9

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan