25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Sulaiman selesai angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Ke-13

Mesti Baca

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 pada pukul 12.58 tengah malam tadi.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti besar 21 kerusi.

Hadir sama isteri Mohd. Ali, Toh Puan Asmah Abd. Rahman.

Sulaiman Md. Ali menandatangani watikah dan sumpah kerahsiaan sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri, Ayer Keroh.

Turut hadir menyaksikan acara angkat sumpah itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sulaiman, 55, sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri BN jika parti itu menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Advertisements
Sulaiman Md Ali menandatangani watikah dan surat cara pelantikan sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13.

Ini merupakan kali kedua beliau dilantik selepas pertama kali pada Mac 2020.

Dalam PRN Melaka yang dilangsungkan semalam, BN memperoleh kemenangan mutlak apabila menang 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Lima lagi kerusi dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) menerusi lima wakil DAP sementara Perikatan Nasional (PN) mencuri dua kerusi melalui Bersatu.

Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Lendu selepas berjaya menewaskan dua pencabar, Mejar (B) Abdullah Mahadi (PN/Bersatu) dan Mohamad Asri Ibrahim (PH/PKR) dengan majoriti 3,104 undi.

Sulaiman memperoleh 4,486 undi manakala Abdullah mendapat 1,382 undi sementara Mohamad Asri dengan 1,155 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan