31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

6,517 kes baharu harian COVID-19, kekal lepasi angka 6,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES baharu harian COVID-19 masih melepasi angka 6,000 dengan 6,517 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 2,535,338 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes harian tersebut, sebanyak 16 kes adalah kes import yanh melibatkan 10 warganegara dan enam bukan warganegara.

“Manakala, sebanyak 6,501 kes adalah penularan tempatan melibatkan 6,214 warganegara (95.6 peratus) dan 287 bukan warganegara (4.4 peratus).

“Dalam pada itu, turut dilaporkan pada hari ini daripada kes harian iaitu sejumlah 125 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5.

“Sementara, 6,392 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 6,026 kes menjadikan 2,441,485 kes kumulatif, atau 96.3 peratus.

Baca juga:   Kes harian Covid-19 akan terus meningkat - KKM

“Terdapat 544 kes yang dilaporkan memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) (485 kes disahkan COVID-19 ; 59 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Sementara, 269 kes memerlukan bantuan pernafasan (194 kes disahkan COVID-19 ; 75 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak sembilan kluster baharu dilaporkan pada hari ini menjadikan kluster aktif kini mencecah 286 kluster. – Edisi 9


Wartawan

Terkini

Sokong pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura

PRESDIEN Singapura Halimah Yacob memaklumkan akan menyokong saranan untuk mengadakan pertukaran yang lebih besar antara pergerakan Pandu Puteri negaranya...

Lagi Artikel Berkaitan