31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

6,323 kes baharu COVID-19 – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES harian masih melepasi angka 6,000 dengan sebanyak 6,323 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,528,821.

Menurut beliau, daripada kes harian tersebut, sebanyak 25 kes adalah kes import dan 6,298 kes adalah penularan tempatan.

“Terdapat 97 kes (1.5 peratus) yang dilaporkan daripada kes harian adalah daripada kategori 3, 4, dan 5.

“Manakala, 6,226 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, katanya, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 5,337 kes menjadikan 2,435,459 kes kumulatif, atau 96.31 peratus.

“Di samping itu, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dilaporkan adalah sebanyak 538 kes (503 kes disahkan COVID-19 ; 35 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Manakala, kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 274 kes (191 kes disahkan COVID-19 ; 83 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Ujar beliau, terdapat empat lagi kluster dilaporkan pada hari ini dan menjadikan kluster aktif kini mencecah 288 kluster. – Edisi 9


Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan