30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Ugut bunuh diri, elak bayar wang pelaburan rakan RM780,276

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita buntu untuk mendapatkan semula wang pelaburannya berjumlah RM780,276 daripada kenalannya apabila individu terbabit mengugut untuk membunuh diri bagi mengelak membayar wang berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berusia 43 tahun mengenali individu berkenaan ketika berada di Karak, Bentong pada 2017.

“Pada 2018 mangsa telah ditawarkan oleh kenalannya itu satu pelaburan projek perumahan di Ulu Tiram, Johor dan mangsa hanya perlu memberikan modal pelaburan dan akan menerima keuntungan daripada pelaburan berkenaan.

“Bermula Jun 2018 sehingga Ogos tahun lalu, mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM780,276 ke dalam enam akaun berbeza sebagai modal pelaburan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd. Wazir dalam tempoh berkenaan, mangsa pernah mendapat kira-kira RM100,000 daripada kenalannya itu sebagai komisen pelaburan terbabit.

Katanya, mangsa kemudian meminta lagi wang keuntungan pelaburan daripada kenalannya itu namun rakan mangsa memberitahu individu yang menjalankan projek terbabit telah meninggal dunia.

“Bermula November tahun lalu mangsa tidak menerima apa-apa wang keuntungan pelaburan malah usaha mangsa sering meminta wang terbabit daripada kenalannya itu juga tidak berjaya.

“Mangsa sekali lagi menghubungi kenalannya itu untuk meminta wang sebaliknya dia dimarahi malah individu terbabit memberitahu jangan meminta wang daripadanya lagi atau dia akan membunuh diri dan mangsa akan dipersalahkan,” katanya.

Ujarnya mangsa kemudian membuat laporan polis semalam dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan