25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Warga SK Bakong bakal nikmati sekolah baharu lebih baik – Radzi

Bagi menggantikan bangunan sedia ada yang sudah berusia lebih 60 tahun.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

WARGA Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong, Sri Aman, Sarawak bakal menikmati kemudahan sekolah baharu yang lebih selesa secepat mungkin bagi menggantikan bangunan sedia ada berusia lebih 60 tahun.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, sebahagian besar bangunan sekolah telah usang dan beberapa kemudahan di sekolah seperti kipas yang rosak akan digantikan dengan segera.

“Ini akan membolehkan anak-anak di sekolah ini dan juga yang tinggal di asrama dapat belajar dengan lebih selesa. Dalam masa yang sama, projek pembinaan gantian penuh melibatkan bilik darjah, asrama dan rumah guru bagi SK Bakong telahpun diluluskan.

“Lokasi baharu sekolah ini terletak kira-kira dua kilometer dari tapak asal. Kami akan usahakan pelaksanaan projek ini disegerakan agar warga SK Bakong dapat menggunakan sekolah baharu yang lebih selesa secepat mungkin,” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran berkenaan, Radzi berkongsikan tinjauannya ke Sri Aman melibatkan sebuah sekolah rendah, iaitu SK Bakong yang merupakan sekolah asrama harian dengan jumlah murid seramai 146 orang, termasuk 13 murid prasekolah.

Radzi Jidin ketika meninjau SK Bakong, Sri Aman, Sarawak. – Sumber: Facebook

Selain SK Bakong, Radzi turut meninjau dua buah sekolah menengah sekitar Sri Aman, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang dan SMK Balai Ringin, hari ini.

Menurutnya, memandangkan hari ini merupakan hari persekolahan, beliau dapat melihat pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka khususnya bagi murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 6.

“SMK Simanggang merupakan sekolah asrama harian yang mempunyai 1,047 murid di mana 98 adalah murid Tingkatan enam semester dua dan Tingkatan lima seramai 161 murid.

Advertisements

“Selain itu, terdapat tujuh murid Program Pendidikan Khas Integrasi turut hadir ke sekolah bagi mengikuti PdP secara bersemuka. Guru dan murid kelihatan begitu gembira serta teruja dapat kembali melaksanakan PdP secara bersemuka.

Radzi berkata, dalam aspek penambahbaikan fasiliti sekolah SMK Simanggang, penyerahan satu blok pejabat yang baharu akan dibuat dalam masa terdekat.

“Selain itu, dewan sekolah yang telah berusia hampir 50 tahun akan diusahakan untuk pengantian bumbung dan pendawaian semula,” katanya.

Sementara itu menurut beliau, bagi SMK Balai Ringin, pembinaan blok asrama baharu sedang giat dilaksanakan dan kemudahan berkenaan pastinya akan memberi lebih keselesaan kepada murid asrama.

Menurutnya, selain meninjau infrastruktur sekolah dengan kapasiti seramai 1,494 murid itu, beliau juga bertemu dan bertanya khabar dengan 36 murid Tingkatan enam Semester dua dan 267 murid Tingkatan lima yang telah memulakan sesi PdP secara bersemuka sejak awal Oktober lalu.

“Pembukaan semula sekolah secara bersemuka telah memberi ruang untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan STPM dan SPM ini membuat persiapan rapi sebaiknya.

“Terima kasih pengetua dan guru SMK Simanggang dan SMK Balai Ringin. Kami akan usahakan yang terbaik untuk menyediakan fasiliti dan kemudahan di sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar agar anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan yang selamat dan selesa,” kongsinya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan