28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 22, 2022

Kes aktif, kes harian COVID-19 catat trend penurunan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes aktif COVID-19 dan kes harian negara terus menunjukkan trend penurunan berdasarkan data dari laman web COVIDNOW setakat semalam.

Kes aktif sahaja, sebanyak 2,724 kes dilaporkan, menjadikan keseluruhan, jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 73,223 kes.

Di samping itu, bilangan kes sembuh negara juga merekodkan pertambahan kes dengan sebanyak 7,414 kes sekaligus melebihi kes baharu harian negara yang direkodkan.

Pertambahan angka tersebut menjadikan  jumlah kumulatif kes sembuh sehingga kini mencecah 2,334,783 kes.

Bagaimanapun, sebanyak 11 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), dilaporkan semalam.

Pertambahan angka tersebut menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara mencatatkan sebanyak 5,751 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 92 kes kematian dilaporkan, dan jumlah itu menjadikan kes kematian COVID -19 sebanyak 28,492 kes.

Baca juga:   Laporan palsu:SPRM buat laporan polis

Menerusi data laporan tersebut juga, daripada kes aktif terbabit, sejumlah 56,634 kes (77.3 peratus) bagi kuarantin di rumah; sebanyak 9,753 kes (13.3 peratus) di PKRC; sebanyak 6,234 kes (8.5 peratus) di hospital; sebanyak 302 kes (0.4 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan dan 300 kes (0.4 peratus) ICU perlukan alat bantuan pernafasan.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan, kes baharu harian merekodkan trend penurunan dan paling terendah dengan sebanyak 4,767 kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,431,280 kes. – Edisi 9

Baca juga:   35 kes aktif baharu setakat semalam - COVIDNOW

Terkini

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain...

Lagi Artikel Berkaitan