31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

21,029 kes sembuh atasi 12,105 kes baharu harian semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes sembuh daripada jangkitan COVID-19 merekodkan peningkatan dengan 21,029 kes dilaporkan, sekaligus mengatasi kes baharu harian semalam dengan 12,105 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan kes sembuh berkenaan menjadikan jumlah kumulatif sembuh meningkat kepada 4,083,183 kes.

Menurut beliau, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 43 kes melibatkan kes import dan hanya dua kes melibatkan bukan warganegara.

“Kes tempatan pula merekodkan 12,062 kes iaitu 11,555 warganegara dan 507 bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu juga, sebanyak 12,010 kes (99.22 peratus) adalah dalam kategori satu dan dua, manakala 95 kes (0.78 peratus) adalah dalam kategori tiga, empat dan lima.

“Daripada 95 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 6 April 2022, 28 kes (29.47 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 30 kes (31.58 peratus) telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak.

“Sementara, 37 kes (38.95 peratus) telah menerima dos penggalak, 51 kes (53.68 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 57 kes (60.00 peratus) mempunyai komorbid,”katanya.

Dalam pada itu, kata Dr. Noor Hisham, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 221 kes iaitu 106 kes disahkan Covid-19, manakala 115 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

“Bagi kes memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 122 kes iaitu 53 kes disahkan COVID-19 dengan 69 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,”katanya.

Ujar beliau lagi, semalam, tiada kluster baharu direkodkan, namun 151 kluster masih aktif.

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.86, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 0.99.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan