31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

21,839 kes baharu COVID-19, 52 kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes baharu COVID-19 negara semalam merekodkan sebanyak 21,839 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,101,081 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 287 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (10,842 kes), Kuala Lumpur (1,586 kes), Pulau Pinang (1,277 kes), Johor (1,235 kes), Perak (1,201 kes) dan Negeri Sembilan (1,134 kes).

Seterusnya, Sarawak (980 kes), Kedah (845 kes), Melaka (686 kes), Pahang (608 kes), Terengganu (438 kes), Kelantan (378 kes), Sabah (372 kes), Putrajaya (130 kes), Labuan (80 kes) dan Perlis (47 kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 52 kes kematian COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 34,717 kes.

Sementara, sebanyak 15 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,318 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 247,065 kes aktif dilaporkan melibatkan 239,798 kes dikuarantin di rumah, 1,266 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Manakala, 5,710 kes di hospital, 103 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 188 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan