24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

30,726 kes sembuh atasi kes harian COVID-19 semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGARA merekodkan bilangan kes sembuh pesakit COVID-19 sebanyak 30,726 kes, sekaligus mengatasi kes harian yang dicatatkan semalam.

Semalam sahaja, sebanyak 26,856 jangkitan kes baharu COVID-19 direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan sehingga kini, sebanyak 3,311,854 individu sudah pulih sepenuhnya daripada virus berkenaan berbanding 3,649,463 individu dijangkiti COVID-19 di negara ini.

Katanya, daripada 26,645 kes baharu tersebut, 211 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Berdasarkan data, paling tinggi membabitkan pesakit dalam kategori dua dengan 16,508 kes atau 61.47 peratus, diikuti kategori satu iaitu sebanyak 10,160 kes atau 37.83 peratus dikesan.

“Bagi kategori tiga pula membabitkan 81 kes, kategori empat (57 kes) dan kategori lima (50 kes). Secara keseluruhannya, daripada bagi kategori tiga hingga lima membabitkan 103 kes iaitu 54.79 peratus adalah individu berusia 60 tahun dan ke atas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 83 kes (44.15 peratus) membabitkan pesakit COVID-19 yang mempunyai komorbid bagi kategori tiga hingga lima.

“Ia diikuti 80 kes daripada individu yang sudah mendapatkan dua dos vaksin, namun belum mendapatkan dos penggalak, tidak divaksin atau belum lengkap vaksin (63 kes), sudah terima dos penggalak (45 kes) dan ibu mengandung (tiga kes),” katanya.

Secara keseluruhannya, daripada jumlah kes aktif di negara ini terdapat 368 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 153 disahkan COVID-19 dengan 215 kes pula disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

“Bagi yang memerlukan alat bantuan pernafasan, setakat ini terdapat 223 kes meliputi 81 kes disahkan COVID-19 dengan 142 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan pihaknya mengesan lapan kluster baharu, menjadikan sehingga kini 445 kluster masih aktif di negara ini.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan