26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

15 wanita mula ekspedisi ke Everest Base Camp

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SAMBUTAN Hari Wanita tahun ini cukup istimewa bagi 15 wanita daripada pelbagai kerjaya yang mencabar kudrat mereka untuk melaksanakan ekspedisi ke Everest Base Camp mulai hari ini.

Mereka terdiri daripada peguam, guru, pensyarah, akauntan, pegawai bomba, pelajar universiti, pesara dan kru wanita RTM bakal menyempurnakan misi tersebut anjuran bersama Pertubuhan Nadi Sihat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, pendakian berkenaan akan mencipta Malaysia Book of Records dengan menghamparkan replika t-shirt sebesar 250 kali saiz XL di Everest Base Camp yang melibatkan jarak perjalanan 130.22 kilometer.

Menurut beliau, ekspedisi berkenaan pastinya menguji ketahanan fizikal para pendaki selain membentuk jati diri yang kental dalam kalangan peserta.

“Sepanjang perjalanan pendakian pula pasukan pendaki ini akan memberikan sumbangan peralatan sekolah kepada masyarakat setempat yang bermaustautin di sepanjang perjalanan Everest Base Camp.

Baca juga:   Tiada anggota ATM mengundi awal dijangkiti Covid-19

“Dalam pertemuan tadi saya menyerahkan sumbangan sebanyak RM15,000 selain turut memberikan kuntuman bunga kepada mereka sempena Hari Wanita 2022,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Rina memberikan kuntuman bunga kepada peserta ekspedisi ke Everest Base Camp di Balai Pelepasan KLIA hari ini. – Sumber: Facebook Rina Harun

Rina mendoakan agar ekspedisi berkenaan
dipermudahkan, berjalan lancar dan berjaya.

“Hidup Wanita! Wanita Waja Negara!”

Untuk rekod, misi berkenaan bermula hari ini sehingga 23 Mac depan selepas dua tahun tertangguh akibat pandemik Covid-19 dan pintu sempadan ditutup.

Misi dikenali Mount Everest Base Camp Mountaineering De Femina 2022 itu unik kerana ia membawa semangat wanita negara sempena Hari Wanita 2022 yang disambut hari ini.

Baca juga:   Salah langkah terjah Rina Harun, teruk Fahmi kena kecam

-EDISI9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan