24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Seorang hilang, seorang parah dalam runtuhan kuari di Perak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pekerja kuari dilaporkan hilang manakala seorang lagi parah selepas tertimbus runtuhan kuari batu kapur di Keramat Pulai, Simpang Pulai, Perak hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, insiden membabitkan empat mangsa dengan dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.

Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 9.40 pagi tadi.

“Maklumat yang diterima daripada pihak pengurus mengatakan terdapat runtuhan batu membabitkan empat mangsa, yang mana dua dapat menyelamatkan diri, seorang cedera parah dan seorang mangsa hilang.

Advertisements

“Komander operasi memohon bantuan dari unit STORM (Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia) untuk hadir membantu pencarian mangsa tertimbus berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat jam 12.15 tengah hari operasi mencari mangsa masih diteruskan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan