26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Banjir kilat: Tiga kejadian tanah runtuh dilaporkan di ibu negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK tiga kejadian tanah runtuh dilaporkan susulan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di ibu negara petang semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan dua kawasan melibatkan rizab jalan iaitu di 1/27, Taman Gembira dan Jalan Hang Tuah 4, Salak Selatan manakala di Seksyen 6, Wangsa Maju membabitkan tanah persendirian.

“Sebanyak lima buah rumah melibatkan seramai 28 orang mangsa terkesan ekoran kejadian tanah runtuh di lokasi terbabit.

“Dua buah keluarga telah mengosongkan rumah manakala tiga keluarga lagi kekal berada di rumah masing-masing,” katanya menerusi ciapan dalam Twitternya hari ini.

Susulan itu, DBKL menerusi anggota penyelamat daripada Jabatan Penguatkuasaan bergegas ke tempat kejadian bersama Pejabat Cawangan Setiawangsa DBKL, Majlis Perwakilan Penduduk Setiawangsa, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah memberikan bantuan awal kepada rumah yang terkesan.

Pegawai dan anggota penguatkuasa DBKL, turun ke lokasi ekoran kejadian tanah runtuh.

“Sebuah khemah sementara telah didirikan bagi pemantauan secara 24 jam di tapak oleh DBKL, PDRM dan JBPM,”katanya.

Advertisements

DBKL berkata, hujan lebat dengan kadar taburan melebihi 100 milimeter sejam sekitar 3 petang semalam menyebabkan banjir kilat di 29 kawasan di ibu negara.

Antaranya ialah Jalan Yaakob Latif, Jalan Ampang, laluan terowong Jalan Pudu, Jalan Maharajalela, Jalan Cheras dan Jalan Melaka.

Daripada 29 kawasan itu, DBKL memaklumkan 25 kawasan surut dalam masa 30 hingga 45 minit manakala empat lagi iaitu laluan terowong Bulatan Pudu, terowong Jalan Tun Razak, Kampung Pasir dan Kampung Periuk pula surut dalam tempoh satu hingga tiga jam.

“Bantuan awal bagi melancarkan trafik dan kerja pembersihan telah dilaksanakan termasuk menggerakkan trak tunda bagi mengalihkan kenderaan terkandas,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, DBKL mengenal pasti 12 lokasi pokok tumbang dan dahan sekah menerusi siasatan di tapak serta aduan awam antaranya di Jalan Pudu Lama, Jalan Teluk Pulai, Jalan Kuchai 2 dan Jalan Desa Utama. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan