25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Hujan, ribut petir di beberapa negeri sehingga Khamis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dan ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah bermula hari ini hingga Khamis.

METMalaysia dalam kenyataan yag dikeluarkan berkata, hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah Pantai Barat dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan) serta Kudat, hari ini hingga esok.

Selain itu, ribut petir dijangka berlaku di satu dua kawasan negeri Perak dan hujan di sesetengah kawasan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada sebelah pagi.

Ribut petir juga dijangka berlaku hari ini, di sesetengah kawasan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor manakala hujan di kebanyakan kawasan pedalaman Perak dan Kelantan pada sebelah petang.

Advertisements

Menurut kenyataan itu, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Miri dan Limbang turut diramalkan ribut petir serta hujan di Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu pada sebelah petang.

Pada sebelah malam pula, dijangka ribut petir di satu dua kawasan di Kedah dan pedalaman Pahang serta Pulau Pinang selain hujan di Terengganu, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Johor dan kawasan pedalaman di Perak, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, esok pada sebelah pagi, hujan dijangka berlaku di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Selangor serta ribut petir yang membabitkan Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Perlis, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Katanya, ribut petir turut dijangkakan berlaku di sesetengah kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang pada sebelah petang serta hujan di Selangor dan Johor. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan