24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PRN Johor: Peratusan mengundi awal capai 64 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KIRA- kira 64 peratus anggota polis dan tentera serta pasangan mereka mengundi awal hari ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat pukul 1 tengah hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, seramai 22,531 pengundi awal layak memilih.

Daripada jumlah itu seramai 10,955 orang adalah warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan.

Bakinya 11,576 orang pula terdiri daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pasangan mereka di kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Advertisements

Sebanyak 63 pusat mengundi dengan 83 saluran dibuka bagi proses pengundian awal PRN Johor yang bermula pukul 8 pagi tadi.

Ia melibatkan premis PDRM dan ATM seperti di dewan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, dewan ibu pejabat polis daerah (IPD), kem Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kem tentera.

Dalam PRN Johor, terdapat 10 kawasan DUN melibatkan pengundi awal tentera iaitu Jementah, Parit Raja, Senggarang, Mahkota, Tenggaroh, Pasir Raja, Tanjung Surat, Johor Jaya, Permas dan Senai.

Seramai 239 calon bertanding merebut 56 kerusi pada PRN kali ini dengan hari pengundian PRN Johor ditetapkan Sabtu ini.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan