29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

RichWorks rekod jualan terkumpul RM3.7 bilion tahun lepas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 1,885 usahawan yang dibimbing syarikat RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), berjaya merekodkan jualan terkumpul sebanyak RM3.7 bilion sepanjang tempoh 2021.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd berkata, pencapaian itu sangat membanggakan berikutan ramai syarikat berhadapan krisis sehingga ada yang terpaksa membuang pekerja dan gulung tikar namun usahawan bimbingan RichWorks merekodkan jualan berganda.

Menurut berliau, sebanyak RM3.21 bilion jualan dihasilkan oleh usahawan yang dibimbing melalui program eksklusif Titanium manakala usahawan-usahawan program Spire dan Elite-X masing-masing merekodkan jualan RM495 juta dan RM46.9 juta.

“Usahawan yang dibimbing secara intensif melalui program Titanium merekodkan jualan RM2.27 bilion pada 2020 berbanding hanya RM901 juta pada 2019.

“Peningkatan jualan usahawan Titanium dari 2020 ke 2021 adalah sebanyak 41 peratus.

“Kesemua jualan Titanium sepanjang 2021 membabitkan 312 usahawan bersamaan 268 bisnes.

“Daripada jumlah itu, 85 peratus atau 227 bisnes usahawan Titanium merekodkan peningkatan jualan berbanding tahun sebelumnya,” katanya pada Majlis Meraikan 184  usahawan membabitkan 141 perniagaan dalam program RichWorks Titanium Gala Awards di KL Convention Centre hari ini.

Untuk rekod, seramai 77 usahawan Titanium merekodkan jualan lebih RM10 juta, jualan RM50 juta (lima usahawan) dan jualan lebih RM100 juta (lima usahawan).

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ahli Lembaga Pengarah RichWorks, Datuk Jerry Rizal.

Advertisements

Sementara itu, Mentor Usahawan dan pengasas RirchWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, angka-angka pencapaian usahawan Titanium itu  membuktikan pandemik, krisis, bencana, malapetaka merupakan cabaran banyak manusia hadapi yang boleh dihadapi dengan mencari jalan.

“RichWorks banyak anjurkan program percuma (sejak awal pandemik pada 2020) hampir setiap hari dan setiap minggu ada program percuma, sebab saya tahu ramai orang sangat takut, masih keliru, risau dan hilang arah tuju ketika itu.

“Keutamaan saya tetap kepada Titan (usahawan Titanium).  RichWorks dari hari pertama lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, berhubung dengan semua Titan dan students Mentorship kami untuk kenal pasti situasi mereka dan apa tindakan yang perlu diambil untuk bantu dan bimbing mereka dalam krisis

“Dan hari ini, malam ini, saya rasa sangat bangga dan sangat bersyukur dapat meraikan kejayaan anda,” jelasnya.

Dalam majlis yang sama, Azizan turut melancarkan buku Bangkit Bisnes Dari Krisis yang digarap hasil analisis RichWorks terhadap bisnes yang berhadapan krisis pandemik tetapi berjaya bangkit.

“Ini adalah perkongsian ikhlas saya untuk semua bakal usahawan mahupun yang telah sekian lama bergelar usahawan, tetapi diuji seribu satu dugaan di fasa pandemik mahupun endemik ini.

“Buku ini amat istimewa dan dekat di hati saya kerana segala catatan dalam naskah ini, bumbu dan inti patinya disaring daripada perkongsian saya yang terdahulu sepanjang PKP hingga kini.

“Tidak terkecuali kepada bakal usahawan-usahawan muda yang baru bertunas, segala tips, bimbingan, rahsia perniagaan berjaya yang dikongsi melalui buku ini adalah khusus untuk anda,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan