Wednesday, June 17, 2026

SOP PRN Melaka diperketatkan elak jangkitan COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN tidak mahu jangkitan Covid-19 meningkat secara mendadak seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebelum ini, menyebabkan prosedur operasi standard (SOP) PRN Melaka perlu diperketatkan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, peningkatan kes mendadak di Sabah itu seterusnya membawa gelombang Covid-19 di seluruh negara.

“SOP PRN Melaka perlu diperketatkan memandangkan pengalaman PRN Sabah bukan sahaja meningkatkan kes di Sabah tetapi juga meningkatkan kes di negeri lain yang mengakibatkan gelombang Covid sangat besar.

“Peningkatan kes berkait rentas negeri melibatkan pengundi penyokong, petugas ketika sebelum, semasa dan selepas PRN,” katanya pada sesi perbahasan usul mengungkaikan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat, hari ini, lapor MalaysiaGazette.

Tambah beliau, Melaka masih mencatatkan kes harian yang tinggi, justeru SOP PRN Melaka dilaksanakan untuk mengawal penularan serius kelak.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertikaikan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan SOP untuk PRN Melaka, yang melarang penganjuran kempen menerusi perhimpunan atau majlis sosial termasuk walkabout.

Katanya, SOP berkenaan mencetuskan pertikaian sama ada ia dilaksanakan demi mengawal penularan Covid-19 atau mengurangkan persaingan.-Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan