26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Sabar, kebenaran rentas negeri diumum beberapa hari lagi – PM

Kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di Sabah, Kelantan, Perak dan Pahang masih berada di bawah 80 peratus sehingga tengah hari ini.

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta rakyat negara ini bersabar kerana keputusan untuk membenarkan merentas negeri secara bebas akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.

Ini kerana menurut Perdana Menteri, kerajaan bercadang untuk memberi kebenaran itu secara serentak di seluruh negara

“Kita akan berikan kebenaran untuk merentas negeri secara serentak dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

“Perkara itu disebabkan kadar vaksinasi populasi dewasa sudah 80 peratus dan semakin menghampiri angka 90 peratus.

“Bila sudah mencapai 90 peratus populasi dewasa divaksin, bermakna negeri lain juga mempunyai jumlah vaksinasi yang tinggi,” katanya Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri di sini hari ini.

Kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa di seluruh negara sudah mencapai 89.1 peratus bermakna hanya tinggal 0.9 peratus untuk mencapai 90 peratus.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, tidak lama lagi sempadan negeri akan dibuka dan semua orang bebas merentas negeri untuk pulang kampung.

Bulan lalu, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri setelah disekat daripada melakukannya sejak Mei lalu apabila kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus.

Bagaimanapun, berdasarkan laman web Covidnow Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 12.45 petang tadi, terdapat empat lagi negeri masih berada di bawah 80 peratus vaksinasi lengkap golongan berusia 18 tahun ke atas.

Negeri-negeri terbabit ialah Sabah (63.7 peratus), Kelantan (73.1 peratus), Perak (77.9 peratus) dan Pahang sebanyak 79.3 peratus. – Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan