24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pertimbang pendapat pakar perubatan, tunda PRN Melaka

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berpandangan kebimbangan pakar dan pengamal perubatan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka wajar ditangguhkan sehingga wabak Covid-19 benar-benar reda perlu diberikan perhatian.

Mohamad berkata, ramai yang gusar ia akan mencetuskan satu lagi gelombang kejangkitan Covid 19 seperti yang berlaku di Sabah pada tahun lepas.

“Telah ada semacam konsensus di kalangan pakar dan pengamal perubatan negara bahawa PRN Melaka tersebut harus di tunda sehingga wabak ini benar-benar reda.

“Walaupun kadar vaksinasi penuh untuk golongan dewasa telah hampir 90 peratus, kadar jangkitan masih boleh menaik dengan mendadak,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau juga menegaskan keputusan samada PRN berkenaan harus diadakan atau ditangguhkan haruslah dipertimbangkan dengan sebaiknya oleh pihak Kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

“Walaupun kita yakin dengan sains dan kehidupan berdemokrasi mesti dipulihkan, kebimbangan kumpulan perubatan mempunyai asas yang kukuh dan wajar diberikan perhatian terpenting.

“Rakyat Malaysia mungkin memerlukan masa untuk beralih kepada fasa endemik dan hidup dengan kehadiran virus ini,” katanya.

Advertisements

Bagaimanapun menurutnya, perkara berkenaan terpulanglah kepada Kerajaan untuk memutuskan yang terbaik untuk rakyat Melaka dan Malaysia amnya

“Insha Allah yang terbaik itu adalah keutamaan kepada nyawa, kesihatan dan kemaslahatan umum,” katanya.

“Yang pasti penyelesaian krisis politik Melaka akan kembali ditentukan oleh rakyat juga akhirnya tetapi pada masa dan ketika yang sesuai.

Pada 4 Oktober lepas DUN Melaka dibubarkan kerana kerajaan negeri hilang majoriti.

Berdasarkan Perlembagaan Melaka PRN perlu dilaksanakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran itu.

Ia susulan tindakan empat ADUN, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan