26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Kerjasama Keluarga Malaysia capai kemenangan – Ismail Sabri

Kejayaan ini akan membolehkan kita membuka jalan pemulihan ekonomi negara dalam norma baharu, pasca pandemik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, negara boleh capai kemenangan melawan pandemik COVID -19 hasil kerjasama seluruh rakyat atas dasar Keluarga Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu boleh dikecapi sekiranya rasa kesyukuran terhadap toleransi telah diterjemahkan sebagai salah satu ciri-ciri Keluarga Malaysia.

“Toleransi masyarakat yang berbeza agama, bangsa dan kaum dalam kalangan Keluarga Malaysia sudah berlangsung puluhan tahun.

“Namun, tidak mudah mempertahankan payung toleransi andainya Keluarga Malaysia meminggirkan nilai-nilai yang boleh mewujudkan konflik dan perbezaan.

“Oleh itu, pada hari yang bermakna ini, saya ingin mengingatkan kembali bahawa keutamaan kita adalah untuk memerangi kemelut kesihatan dan ekonomi tanpa memandang siapa yang ditimpa musibah,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, usaha memulihkan negara akan tercapai jika rakyat terus memupuk, menyemai dan mempertahankan ciri-ciri Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran yang dimiliki.

“Kejayaan ini akan membolehkan kita membuka jalan pemulihan ekonomi negara dalam norma baharu, pasca pandemik. Ekonomi wajar dipulihkan, kesejahteraan rakyat perlu ditingkatkan, keyakinan pelabur harus dikembalikan.

“Yakinlah bahawa hanya melalui kerjasama penuh daripada Keluarga Malaysia, peperangan melawan pandemik COVID -19 akan berakhir dengan kemenangan.

“Semoga di sebalik pelitup muka yang menjadi sebahagian norma baru kehidupan kita ini, akan terukir kembali senyuman bahagia Keluarga Malaysia yang saya kasihi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan