32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Rentas negeri bawa ketum, lelaki tak lengkap vaksinasi ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang lelaki selepas didapati merentas negeri tanpa lengkap vaksinasi COVID-19 dan membawa tujuh guni berisi daun disyaki ketum hasil pemeriksaan ke atas keretanya di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Behrang, Tanjung Malim, Perak.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata suspek berusia 53 tahun itu ditahan sepasukan anggota yang menjalankan pemantauan pematuhan Op COVID-19, kira-kira jam 11 malam pada Sabtu lalu.

Menurutnya, daun disyaki ketum seberat kira-kira 60 kilogram itu dianggarkan bernilai RM2,400.

“Semakan lanjut mendapati, lelaki itu masih tidak lengkap dos vaksin COVID-19, tetapi melakukan pergerakan merentas negeri dari Kedah ke Selangor.

“Suspek yang memiliki rekod lalu berkaitan dadah direman hingga Rabu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sulizmie Affendy berkata, polis mengeluarkan kompaun bernilai RM2,000 kepada lelaki terbabit mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 kerana merentas negeri tanpa vaksinasi lengkap.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan