24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

PRN Melaka 20 November, penamaan calon 8 November

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung PRN Melaka di Banda Hilir, Melaka hari ini.

ABDUL GHANI SALLEH

Menurutnya, tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 8 November manakala pengundian awal pada Selasa, 16 November.

“Suruhanjaya Pilihan Raya telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berhubung pembubaran DUN Melaka yang Ke-14 pada 4 Oktober lalu.

“SPR telah mengadakan mesyuarat khas pada hari ini dan menetapkan satu PRN Melaka perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran pada 5 Oktober lalu bagi mengisi kekosongan 28 kerusi DUN berkenaan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Abdul Ghani berkata, tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 8 November depan iaitu Isnin, sehingga jam 11.59 malam pada 19 November.

Advertisements

Menurutnya, seramai 495,196 orang layak mengundi berdasarkan senarai pengundi yang dikemas kini pada 3 Oktober lalu.

“Sebanyak 28 pusat penamaan calon dan 28 pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan,” katanya.

Selain itu, katanya, sebanyak 217 pusat mengundi melibatkan 1,109 saluran mengundi, serta 31 pusat mengundi awal melibatkan 47 saluran mengundi awal akan digunakan.

“Ia membabitkan seramai 12,290 petugas yang dilantik bagi mengendalikan proses pilihan raya berkenaan. Waktu mengundi pula bermula jam 8 pagi sehingga 5.30 petang,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan